Hamka Permata Nusantara
1. Biodata Hamka : Nama sebenar ialah Haji Abdul Malik bin Syeikh Abdul Karim bin Syeikh Muhammad
Amrullah.
Di lahirkan di Desa Tanah Sirah, Sungai Batang, Maninjau Minangkabau, Sumatera
Barat , Indonesia
pada tahun 16 Februari 1908 Masihi.
Bapanya seorang ulama terkenal yang membawa pembaharuan di Minangkabau.
Hamka ialah nama singkatan yang menggabungkan nama beliau dan bapa beliau.
Antara Jawatan yang pernah disandang :
Guru agama di Tebing Tinggi, Medan dan Padang Panjang.
Pensyarah di Universiti Islam Jakarta.
Pensyarah di Universiti Muhammadiah Padang Panjang.
Rektor Perguruan Tinggi Jakarta.
Pegawai Tinggi Agama Indonesia.
Ketua umum Majlis Ulama Malaysia.
Meninggal dunia pada 24 Julai 1981 ketika berumur 73 tahun.
2. Keperibadian Hamka :
i- Petah Berpidato : Pernah berpidato dalam satu rancangan radio Arab Saudi.
ii- Berjiwa Seni: Melalui gaya bahasa dalam karya-karya agungnya.Rangkap-rangkap pantun
dan syair banyak terdapat dalam tulisan beliau.
iii- Berani: mengatur siri pidato untuk membangkitkan semangat umat Islam menentang pihak
Belanda.
3. Pendidikan Hamka :
- Belajar Al-Quran dan asas-asas agama daripada bapanya Syeikh Abdul Karim.
- Pendidikan rendah di Sekolah Desa Padang Panjang dan sekolah Agama Al-Tawalib yang
didirikan oleh bapanya.
- Banyak mengikuti pengajian di Masjid dan surau daripada ulama-ulama terkenal seperti Syeikh
Ibrahim Musa, Syeikh Ahmad Rasyid, Sutan Mansur dan Kiyai Bagur Budikusumo.
- Suka menghabiskan masa lapangnya di perpustakaan.
- Menggunakan kemahirannya dalam bahasa Arab untuk mengkaji karya-karya sarjana Timur
Tengah serta karya barat yang diterjemahkan ke dalam bahasa Arab.
4. Kegigihan Hamka Mengambangkan Dakkwah Islamiah di Nusantara :
Pada usia 17 tahun menerbitkan sebuah majalah dakwah bernama Khatibul Ummah.
Mengasaskan Persatuan Hindia Timur di Makkah pada tahun 1927 untuk memberi
pelajaran kepada jemaah haji Indonesia.
Menganggotai Pertubuhan Muhammadiah dan mengetuai cawangannya di Padang
Panjang apabila pulang dari Makkah.
Mengasaskan Kolej Al-Muballighin pada tahun 1935.
Menerbitkan majalah Pedoman Masyarakat pada tahun 1936.
Telah mengasaskan beberapa buah majalah seperti Menara, Merdeka, Pemandangan, Panji
Masyarakat dan Gema Islam.
Menjadi anggota pimpinan Pusat pertubuhan Muhammadiah pada tahun 1935.
.
5. Sumbangan Hamka dalam bidang ilmu dan pemikiran :
Merupakan tokoh ulama yang melakukan pembaharuan besar kepada umat islam di
Nusantara.
Merupakan penyambung idea yang dibawa oleh Sayyid Jamaluddin Al-Afghani dan
Muhammad Abduh di Nusantara.
Akhabar dan majalah digunakan sepenuhnya untuk mengajak umat Islam mengkaji semula
tentang sebahagian kefahaman dan ajaran yang bertentangan dengan Al-Quran dan As-
Sunnah.
Karya beliau terutama Tafsir Al-Azhar meninggalkan kesan yang mendalam dalam bidang
ilmu dan pemikiran umat Islam di alam Melayu.
Pendekatan Hamka yang sederhana diterima baik oleh masyarakat Islam.
Mendapat pelbagai anugerah antaranya :
„X Anugerah Doktor Kehormat oleh Universiti Al-Azhar , Mesir pada tahun
1959.
„X Anugerah Guru Besar ( Profesor ) oleh Universiti Moestopo Jakarta pada
tahun 1960.
„X Anugerah Doktor Kehormat oleh Universiti Kebangsaan Malaysia pada
tahun 1974.
6. Hasil-hasil karya Hamka :
Bidang Agama :
Tafsir Al-Azhar.
Tasawuf Moden
Pedoman Muballigh Islam.
Arkanul Islam.
Sejarah Umat Islam.
Revolusi Agama.
Bidang Falsafah :
Falsafah Hidup.
Lembaga Hidup.
Falsafah Ideologi Islam.
Ekspensi Ideologi.
Pandangan Hidup Muslim.
Bidang Sastera :
Tenggelamnya kapal Van Der Wijck.
Di bawah Lindungan Kaabah.
Laila Majnun.
Mandi Cahaya di Tanah Suci.
Menunggu Beduk Berbunyi.
7. Perjuangan Hamka :
Seluruh hidupnya dipenuhi dengan perjuangan.
Pernah mengetuai Front Pertahanan Nasional untuk menyekat
kemaraan Belanda di Indonesia.
Menjadi anggota pimpinan pusat Pertubuhan Muhammadiah.
Menubuhkan Pusat Latihan Dakwah Muhammadiah bagi menentang khurafat, bidaah dan
tariqat kebatinan yang sesat.
Menggunakan pidato dan penulisan sebagai medium menyampaikan
ajaran Islam.
Pernah dipecat daripada jawatan ketua umum Majlis Ulama
Indonesia kerana kelantangannya mengkritik kepincangan pentadbiran Indonesia.
Pernah dipenjarakan bersama tokoh-tokoh Majlis Syura Muslim
Indonesia (MASYUMI)
.jpg)
No comments:
Post a Comment